Nurul Iman ialah seorang gadis melayu yang menjaga tingkah lakunya dengan baik. Carl Zafran pula seorang lelaki tampan kacukan Melayu dan Sepanyol. Kedua-dua kali pertama bertemu di padang kuda.[BR] Tapi nasib mereka untuk bertemu lagi apabila Nurul Iman telah diterima tawaran sebagai pegawai pemasaran di syarikat Chazz Sdn Bhd yang berada dibawah seliaan pengurus syarikat tersebut..Carl Zafran![BR] Carl amat mengeksploitasi Nurul Iman sebagai seorang perempuan. Segala sindirin pahit terpaksa Nurul Iman bersabar dengan kelakuan bosnya baru itu.[BR][BR]Tanpa diduga , projek pertama yang Nurul Iman pegang adalah projek pemasangan CCTV di rumah Uncle Carl Zafran, Pak Tabib.Pertemuan tu menjadikan mereka bedua teman berbual. Tidak lama kemudian Pak Tabib memperkenalkan Nurul Iman untuk membuat perancangan pemasangan CCTV di rumah kawannya iaitu Pakcik Razali. Carl yang terlihat Nurul Iman berdiri di halaman rumahnya, terus dia berlari turun dari tingkat atas ke pintu utama menjerit nama Iman. Iman dimarah dengan teruk oleh Carl . Nurul Iman sabar terhadap kelakuan bosnya yang memaki hamunkannya mata duitan da sebagainya. Tetapi dengan tidak sengaja Iman tidak mengetahui bahawa pakcik Razali adalah ayah Carl.[BR][BR]Tetapi, tanpa dijangka, secebis cinta telah berputik di hati Carl apabila bertemu dengan Nurul Iman. Sekuat hati Carl untuk menetepikan kehadiran cinta itu, semakin rindunya pada Nurul Iman. Carl telah terpikat dengan budi bahasa yang muncul dalam diri Nurul Iman.[BR] Tradegi berlaku apabila Dr Afifah iaitu ibu kepada Nurul Iman menemukan anak gadisnya dengan seorang kenalan rapatnya. Nurul Iman terpaksa mengalah dengan keputusan ibunya dan akhirnya dia terpaksa bertunang dengan pilihan hati ibunya apabila Carl tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap dirinya itu.[BR][BR]Carl terpaksa menyingsirkan dirinya dengan melancong ke Hong Kong bersama ayahnya apabila terdengar berita pertunangan Nurul Iman itu. Dia tidak berani untuk berterus terang dengan Nurul Iman. Hatinya benar benar terseksa dengan pedihnya. Dia keliru adakah cinta pertamanya telah hadir?[BR] Nurul Iman terpaksa memendam semua perasaannya terhadap Carl dan meletakkan semua masanya untuk menjaga hati tunangnya yang baru itu. Tetapi tunangnya amat marah dangan kelakuan Nurul Iman yang terlalu menjaga maruahnya hingga tangan putihnya pun tidak boleh dipegang oleh tunangnya itu.[BR] Tanpa berlama, tunangnya telah menderhaka dengan mengadakan hubungan sulit dengan adik perempuan ipar Nurul Iman. Iman yang menerima tamparan hebat itu tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Tanpa bertangguh lagi, dia berlari ke rumah Pak Tabib untuk mengadu. Di situlah Carl berjumpa dengan Nurul Iman sekali lagi.....[BR] [BR]